Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ramadan: Suri rumah jana pendapatan guna resipi Khairul Aming
  • NASIONAL

Ramadan: Suri rumah jana pendapatan guna resipi Khairul Aming

Utusan Sarawak 7 hours ago
RAMADAN membuka pintu rezeki buat Hazwani Hamdan seorang suri rumah di Kuala Nerus apabila percubaan memasak resipi Khairul Aming bertukar menjadi sumber pendapatan sampingan.

KUALA NERUS: Seorang suri rumah tidak menyangka percubaan memasak menggunakan resipi usahawan dan pempengaruh media sosial Khairul Amin Kamarulzaman, atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming, mampu menjadi sumber pendapatan sampingan buat dirinya.

Hazwani Hamdan, 36, berkata dia tertarik untuk mencuba resipi yang dimuat naik oleh Khairul Aming melalui Instagram itu kerana cara penyediaan yang mudah serta tampak menyelerakan.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata pada awalnya dia hanya mencuba menu tersebut untuk hidangan mereka sekeluarga, namun tidak menyangka mendapat perhatian daripada rakan-rakan dan kenalan selepas berkongsi gambar menerusi aplikasi WhatsApp.

“Resipi pertama yang saya cuba ialah ayam sos plum. Awalnya masak suka-suka untuk keluarga tetapi tak sangka lepas kongsi gambar di WhatsApp, ramai pula yang tanya untuk tempahan.

“Setelah mendapat persetujuan suami saya mula buka tempahan pada 1 Ramadan lalu. Alhamdulillah… sambutan diterima daripada kawan-kawan dan komuniti setempat menggalakkan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Seberang Takir, hari ini.

Hazwani berkata setakat ini, dia mengehadkan tempahan sekitar 40 pek sehari untuk dua jenis hidangan kerana kesuntukan masa serta tenaga kerja.

Katanya pendapatan  daripada jualan itu tidak seberapa,  namun sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian selain digunakan untuk menyediakan persiapan raya pada bulan depan. 

“Saya juga sangat teruja apabila video masakan ayam sos plum yang dimuat naik di media sosial meraih tontonan hampir satu juta.

“Ini menguatkan lagi semangat saya untuk berusaha dengan lebih gigih dan mungkin boleh menjadi seperti Khairul Aming suatu hari nanti…insya-Allah,” katanya dalam nada bergurau.  – Bernama

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa sembilan negeri termasuk Limbang hingga 5.00 petang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.