Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sembilan lelaki tempatan ditahan positif dadah di Bintulu
  • JENAYAH

Sembilan lelaki tempatan ditahan positif dadah di Bintulu

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEMBILAN lelaki warga tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi PDRM di sekitar Bintulu.

BINTULU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu menahan sembilan lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dan pemilikan dadah menerusi operasi yang dijalankan di sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, semua suspek berusia antara 31 hingga 48 tahun itu ditahan hasil operasi bersepadu membanteras penyalahgunaan dadah.

Menurut beliau, hasil ujian saringan awal mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Seorang suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah manakala lapan lagi disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesalahan di bawah Seksyen 12(2) memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan manakala kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun serta pengawasan selama dua tahun.

Tambahnya, tangkapan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak polis dalam mengekang penyalahgunaan dadah serta mencegah jenayah di Daerah Bintulu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diminta menyalurkan maklumat kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bagi membantu siasatan lanjut. 

Continue Reading

Previous: Suspek tembak kereta komander AKPS disyaki guna senjata semi automatik
Next: 14 warga asing ditahan dalam Operasi Kutip dan Sapu di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.