Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penjawat awam wanita rugi RM404,045 terpedaya pelaburan dalam talian palsu
  • JENAYAH

Penjawat awam wanita rugi RM404,045 terpedaya pelaburan dalam talian palsu

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Seorang penjawat awam wanita berputih mata apabila kerugian RM404,045 selepas terpedaya dengan pelaburan dalam talian tidak wujud.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Boniface Bajai berkata, pada Oktober 2025, mangsa berusia dalam lingkungan 30-an itu telah melayari aplikasi facebook dan terlihat satu iklan pelaburan yang menggunakan nama abs (akademi pelaburan saham abs) dan aplikasi ‘astute’.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihubungi melalui messenger sebelum diminta menyertai kumpulan whatsapp ‘t-91-abs’. 

“Seorang wanita mendakwa sebagai pembantu kepada guru pelaburan telah berhubung dengan mangsa. Pada peringkat awal, mereka memberi cadangan saham dan pernah membayar semula 80 peratus kerugian mangsa sebanyak RM515.20 sekali gus meningkatkan keyakinan mangsa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa digalakkan membuka akaun pelaburan melalui aplikasi astute dan diminta membuat bayaran ke beberapa akaun syarikat. 

“Mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak 18 kali secara keseluruhan sejumlah RM404,045 ke dalam tiga akaun syarikat yang berlainan.

“Mangsa mula menyedari telah ditipu apabila ingin mengeluarkan dividen tetapi diminta membuat bayaran sebanyak 20 peratus daripada keuntungan sebelum pengeluaran diproses. 

“Sehingga kini pengadu tidak dapat mengeluarkan wang tersebut dan mengesyaki telah ditipu,” ujarnya.

Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dengan tawaran keuntungan atau pulangan yang tinggi dengan menyemak senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di www.bnm.gov.my / BNM telelink 1-300-88-5465 (bank negara malaysia) dan www.sc.com.my / (03-6204899) (Suruhanjaya Sekuriti Malaysia).

Semakan ke atas individu atau syarikat pelabur juga boleh dibuat mellaui aplikasi investment checkers atau melalui laman web https://www.com.my/investment-checkers.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada pusat respons scam kebangsaan (nsrc) di talian 997 dan ikuti laman facebook @cybercrimealertrmp @jsjkpdrm. 

Buat juga semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Komander AKPS Bukit Kayu Hitam terselamat, kenderaan ditembak ketika ke masjid
Next: Suspek tembak kereta komander AKPS disyaki guna senjata semi automatik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.