Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak terus perkukuh promosi sempena Tahun Melawat Malaysia
  • TEMPATAN

Sarawak terus perkukuh promosi sempena Tahun Melawat Malaysia

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah  pada majlis pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Sarawak 2026 di Kolej Universiti i-CATS, hari ini.

KUCHING: Sarawak akan meneruskan pendekatan sedia ada dalam usaha memperkukuh promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, strategi yang telah dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan bagi memastikan Sarawak kekal sebagai antara destinasi utama pelancong domestik dan antarabangsa.

“Kita akan teruskan apa yang telah kita lakukan sebelum ini untuk menarik pelancong datang bukan sahaja ke Sarawak tetapi juga ke tempat-tempat lain di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Sarawak 2026 di Kolej Universiti i-CATS, hari ini.

Menurut beliau, penyelarasan akan terus diperkukuh bersama Kementerian Pelancongan di peringkat Persekutuan bagi memastikan kempen promosi berjalan seiring dengan agenda nasional.

Selain itu, kerjasama antara kementerian pelancongan di peringkat negeri dan Persekutuan turut melibatkan pelaksanaan program dan inisiatif tertentu yang memberi impak langsung kepada industri pelancongan.

Di peringkat negeri, pelbagai program promosi terus dilaksanakan termasuk penyertaan dalam ekspo pelancongan di luar negara serta penganjuran acara dan festival di Sarawak bagi menarik kehadiran pelawat.

MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjawab soalan media berhubung Tahun Melawat Malaysia dan perkembangan sektor pelancongan Sarawak selepas Majlis Pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS Sarawak 2026 di Kolej Universiti i-CATS, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan kolaboratif tersebut penting dalam memastikan momentum pertumbuhan sektor pelancongan dapat dikekalkan.

Mengulas prestasi semasa, Abdul Karim memaklumkan bahawa jumlah kemasukan pelawat ke Sarawak pada Januari 2026 menunjukkan peningkatan yang agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, trend positif itu mencerminkan keberkesanan strategi promosi serta keyakinan pelancong terhadap Sarawak sebagai destinasi yang selamat dan menarik.

“Kita melihat perkembangan yang baik pada awal tahun ini dan berharap momentum ini akan berterusan sepanjang 2026,” ujarnya.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas 2026 jelajah 73 lokasi, pertama kali dilancar di IPT
Next: Datu Kipli Yassin bakal tamat perkhidmatan sebagai Mufti Sarawak selepas 16 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.