Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Luicha lambang warisan sihat masyarakat Cina – Harden
  • KESIHATAN

Luicha lambang warisan sihat masyarakat Cina – Harden

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis semasa merasmikan Majlis Makan Luicha anjuran Persatuan Hopoh Cawangan Sri Aman yang diadakan dengan penuh meriah di sini, semalam. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Pengambilan hidangan tradisional Luicha bukan sekadar mengekalkan warisan budaya masyarakat Cina, malah ia merupakan satu langkah bijak dalam menjaga kesihatan khususnya selepas fasa pengambilan makanan berat sepanjang musim perayaan.

​Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, keunikan Luicha yang terdiri daripada adunan tujuh jenis sayuran menjadikannya hidangan yang sangat berkhasiat. 

Beliau menekankan bahawa amalan pemakanan ini wajar diteruskan oleh generasi muda demi kelestarian gaya hidup sihat.

DATUK Francis Harden Hollis semasa merasmikan Majlis Makan Luicha anjuran Persatuan Hopoh Cawangan Sri Aman yang diadakan dengan penuh meriah di sini, semalam. Foto: ADUN Simanggang

​Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Makan Luicha anjuran Persatuan Hopoh Cawangan Sri Aman yang diadakan dengan penuh meriah di sini, semalam.

​Menurut tradisi, Luicha merupakan makanan sihat masyarakat Cina yang kebiasaannya disajikan pada hari ketujuh sambutan Tahun Baharu Cina. 

Adunan tujuh jenis sayur yang dimakan bersama itu berfungsi secara semula jadi untuk meneutralisasikan semula sistem tubuh badan yang mungkin terbeban selepas menikmati pelbagai hidangan sewaktu menyambut perayaan.

DATUK Francis Harden Hollis semasa merasmikan Majlis Makan Luicha anjuran Persatuan Hopoh Cawangan Sri Aman yang diadakan dengan penuh meriah di sini, semalam. Foto: ADUN Simanggang

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut menyampaikan penghargaan kepada pihak penganjur atas inisiatif murni mengekalkan tradisi makanan Cina. 

Beliau menyifatkan usaha tersebut sebagai langkah penting dalam memastikan identiti budaya tidak hilang ditelan zaman.

​Selain aspek kesihatan, beliau menekankan bahawa perkara yang paling utama dalam majlis sedemikian adalah suasana berkumpul yang mengeratkan ikatan kekeluargaan. 

Ia merupakan kesempatan terbaik buat sanak saudara yang pulang dari perantauan untuk beramah mesra dan menyemai sikap harmoni dalam perpaduan.

​Terdahulu, Pemanca Lee Siang Hua selaku Pengerusi Persatuan Hopoh Cawangan Sri Aman dalam ucapan aluannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Harden dan isteri, Datin Simba Nalang, atas kesudian mereka hadir meraikan majlis berkenaan bersama ahli persatuan.

​Majlis tersebut turut menjadi medan pertemuan buat ahli persatuan yang datang dari pelbagai kawasan termasuk Bahagian Betong, Daerah Lubok Antu, Daerah Pantu, serta ahli dari Daerah Sri Aman sendiri.

Kehadiran ramai pihak ini memberi peluang kepada mereka untuk bertukar cerita di samping merapatkan perhubungan sesama komuniti.

​Majlis tersebut diserikan dengan penyerahan angpau kepada semua tetamu yang hadir. Simbolik tersebut dilakukan sebagai tanda keberkatan sempena Tahun Kuda Api yang diharapkan membawa tuah melimpah, kesihatan yang baik, serta kemakmuran yang berpanjangan buat seluruh masyarakat.

Oleh Adi Safarman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: KKM peruntuk lebih RM137 juta perkukuh pencegahan NCD – Dzulkefly
Next: Kecederaan kepala boleh cetuskan perubahan otak kekal – Kajian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.