Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki tempatan ditahan dalam operasi dadah di Padawan
  • JENAYAH

Dua lelaki tempatan ditahan dalam operasi dadah di Padawan

Utusan Sarawak 6 hours ago
DUA lelaki tempatan ditahan dalam dua operasi berasingan di sekitar Padawan awal pagi tadi selepas didapati positif methamphetamine.

PADAWAN: Dua lelaki tempatan didapati positif methamphetamine selepas ditahan dalam dua operasi berasingan di sekitar daerah ini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menahan kedua-dua suspek berusia 24 dan 36 tahun di dua lokasi berbeza.

“Dalam tangkapan pertama, polis merampas ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.52 gram bersama pil Eramin 5. Dalam tangkapan kedua, sebanyak 0.32 gram ketulan kristal disyaki syabu turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan bersama syabu 0.15 gram di Selangau
Next: Mangsa penipuan kad kredit rugi hampir RM10,000, orang ramai diingatkan agar berwaspada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.