Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tujuh maut dalam nahas pesawat Medevac di Timur India
  • GLOBAL

Tujuh maut dalam nahas pesawat Medevac di Timur India

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan

NEW DELHI: Tujuh maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di timur India pada Isnin malam.

Ia terhempas berhampiran Simaria di daerah Chatra, Jharkhand.

Menurut Direktorat Am Penerbangan Awam India (DGCA), pesawat pemindahan perubatan (Medevac) yang membawa tujuh individu termasuk dua kru berlepas dari Lapangan Terbang Ranchi di negeri Jharkhand menuju ke Delhi pada 7.11 malam.

Selepas berhubung dengan kawalan trafik udara Kolkata, pesawat itu meminta lencongan laluan berikutan keadaan cuaca.

“.. pada 19:34 (jam), ia terputus komunikasi dan hubungan radar kira-kira 100 batu nautika di tenggara bandar Varanasi,” menurut DGCA.’

Pesawat jenis Beechcraft C90 itu dikendalikan oleh pengendali perkhidmatan perubatan udara dan sewa khas yang berpangkalan di Delhi, Redbird Airways.

Seorang pegawai kanan daerah berkata tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Trump ancam tarif lebih tinggi terhadap negara cuba eksploitasi keputusan Mahkamah Agung
Next: Peminat banjiri zoo Jepun untuk melihat anak monyet viral Punch

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.