Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita ditahan positif dadah dalam Op Tapis di Engkilili
  • JENAYAH

Wanita ditahan positif dadah dalam Op Tapis di Engkilili

Utusan Sarawak 16 hours ago
SEORANG wanita tempatan berusia lingkungan awal 40-an ditahan polis dalam satu operasi khas Op Tapis yang dijalankan di kawasan Engkilili, petang tadi. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan awal 40-an ditahan polis dalam satu operasi khas Op Tapis yang dijalankan di kawasan Engkilili, petang tadi.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, tangkapan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik sekitar 3.30 petang.

Wanita berkenaan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah hasil risikan dan pemantauan yang dijalankan pihak polis di kawasan tersebut.

Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati wanita terbabit positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Susulan itu, suspek telah dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut serta membantu siasatan pihak berkuasa.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Dalam pada itu, IPD Lubok Antu menggesa orang ramai agar terus menjauhi penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di kawasan Lubok Antu dan Engkilili sentiasa terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: IPD Bau, Sarawak Energy laksana pemotongan bekalan elektrik ke atas dua premis
Next: Polis tahan tiga individu disyaki curi kabel pencawang elektrik di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.