Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Premier Sarawak santuni penjawat awam, sampaikan sumbangan MAKSAK
  • TEMPATAN

Premier Sarawak santuni penjawat awam, sampaikan sumbangan MAKSAK

Utusan Sarawak 7 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan kesederhanaan hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum para hadirin bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan negeri dan warga perkhidmatan awam.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

Sejurus selesai berbuka puasa, Premier Sarawak selaku Penaung Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak telah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada para penjawat awam.

Inisiatif MAKSAK ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh semangat kebajikan, kebersamaan dan keprihatinan dalam kalangan warga perkhidmatan awam di negeri ini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: ‘Lompat tikam’ dari Kelantan tarik perhatian di Bazar Pasar Dayak, Kem Penrissen
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah meriahkan suasana di Bazar Ramadan Satok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.