Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 41 Tuai Rumah, seorang Penghulu terima watikah pelantikan di Bukit Begunan
  • Selatan
  • WILAYAH

41 Tuai Rumah, seorang Penghulu terima watikah pelantikan di Bukit Begunan

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Mong Dagang pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Pelanjutan KMKK melibatkan kawasan pentadbiran Melugu, Dau Baruh dan Dau Atas, dekat sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat N.31 Bukit Begunan

SRI AMAN: Seramai 41 orang Tuai Rumah dan seorang Penghulu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan menerima surat pelantikan baharu serta pelanjutan perkhidmatan dalam satu majlis yang diadakan di Rumah Panjang Entulang Danau, kelmarin.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Pelanjutan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) itu melibatkan kawasan pentadbiran Melugu, Dau Baruh dan Dau Atas, sekali gus memperkukuh struktur kepimpinan masyarakat di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, pelantikan tersebut merupakan satu tanggungjawab besar dalam memastikan kebajikan penduduk sentiasa terpelihara serta pembangunan di kawasan luar bandar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

DATUK Mong Dagang pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Pelanjutan KMKK melibatkan kawasan pentadbiran Melugu, Dau Baruh dan Dau Atas, dekat sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat N.31 Bukit Begunan

Menurut beliau, pemimpin masyarakat memainkan peranan penting sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat, khususnya dalam menyampaikan maklumat, menyelesaikan isu setempat serta membantu melaksanakan program pembangunan.

Beliau turut mengingatkan agar semua Tuai Rumah dan Ketua Kaum sentiasa proaktif serta lebih efektif dalam mengurus kawasan pentadbiran masing-masing.

“Sikap positif amat penting bagi membantu melicinkan usaha pembangunan kerajaan di samping memastikan setiap peruntukan dapat disalurkan dengan cepat dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

DATUK Mong Dagang pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Pelanjutan KMKK melibatkan kawasan pentadbiran Melugu, Dau Baruh dan Dau Atas, dekat sini kelmarin. Foto: Pusat Khidmat N.31 Bukit Begunan

Mong turut menggesa agar semua Ketua Kaum tidak mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan Sarawak kepada mereka dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan masing-masing.

Tambahnya lagi, kerjasama erat antara pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan penduduk setempat amat penting bagi memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Noria Ampat, Entulang Danau.

Peruntukan tersebut disalurkan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti komuniti serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan penduduk rumah panjang di kawasan itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembinaan semula Jambatan Sungai Musah rancak, jamin laluan lebih selamat
Next: Aneka kuih tradisional meriahkan Bazar Ramadan Stadium Terbuka Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.