Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Dewan baharu RM5 juta perkasa PPDK Al-Syafie Daro
  • TEMPATAN

Dewan baharu RM5 juta perkasa PPDK Al-Syafie Daro

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERIMA KASIH…Safiee Ahmad (kanan) menyampaikan sumbangan Aidilfitri dan buah kurma kepada salah seorang penerima. Foto UKAS

DARO: Sebuah Dewan Pelbagai Guna bernilai RM5 juta bakal dibina bersebelahan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Al-Syafie Daro sebagai usaha memperkukuh pembangunan sosial dan pendidikan masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, kemudahan baharu itu bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti sekitar, malah menyokong aktiviti pelatih PPDK yang terletak bersebelahan tapak pembinaan dewan berkenaan.

Menurut beliau, dewan tersebut akan dilengkapi dua gelanggang badminton, manakala ruang di tingkat atas akan menempatkan beberapa bilik yang boleh dijadikan madrasah, kelas mengaji serta kegunaan lain yang bersesuaian dengan keperluan penduduk.

“Pembinaan dewan ini diharap menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial dan pendidikan masyarakat setempat. Ia juga menyediakan ruang lebih selesa untuk pelbagai aktiviti termasuk program melibatkan pelatih PPDK,” katanya pada Majlis Kesyukuran dan Iftar Ramadan PPDK Al-Syafie Daro, di sini, semalam.

SAFIEE Ahmad beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Kesyukuran dan Iftar Ramadan PPDK Al-Syafie Daro, semalam. Foto UKAS

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan, tenaga pengajar serta semua pihak yang komited memastikan kebajikan dan pembangunan pelatih di pusat berkenaan sentiasa diberi perhatian.

Katanya, PPDK Al-Syafie Daro memainkan peranan penting dalam membimbing dan mendidik insan berkeperluan khas agar mampu berdikari serta menjadi anggota masyarakat yang berdaya saing.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan sumbangan RM5,000 kepada pihak PPDK serta RM5,000 lagi bagi membantu penganjuran program berkenaan.

Selain itu, sumbangan Aidilfitri dan buah kurma turut disampaikan kepada 30 pelatih sebagai persediaan menyambut Syawal.

Program tersebut yang diadakan bersempena ulang tahun pertama operasi pusat itu di bangunan baharu bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah mencerminkan keprihatinan berterusan terhadap kebajikan golongan berkeperluan khas di kawasan Daro.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Sri Aman tuan rumah sambutan Nuzul al-Quran peringkat Sarawak
Next: Sarawak perkukuh penglibatan global di MWC Barcelona 2026, sasar GDP RM282 bilion menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.