Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki tempatan ditahan dalam kes jenayah komersial di Bau
  • JENAYAH

Dua lelaki tempatan ditahan dalam kes jenayah komersial di Bau

Utusan Sarawak 7 hours ago
SUSPEK ditahan bagi membantu siasatan kes jenayah komersial di Bau.

BAU: Polis Bau menahan dua lelaki tempatan dalam dua kes berasingan berkaitan jenayah komersial semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman, berkata tangkapan pertama dilakukan sekitar 4.30 petang membabitkan seorang lelaki berusia 49 tahun.

“Suspek, yang bekerja sebagai pekebun dan berasal dari Kampung Bengoh, Jalan Penrissen, Siburan, dipercayai pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes tersebut. Tangkapan dibuat bagi membantu siasatan di bawah laporan jenayah komersial yang berkaitan,” katanya.

Kes itu disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Bau.

Dalam kes kedua, sekitar 5.00 petang, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di Kampung Sikog, Batu 14, Jalan Puncak Borneo.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai pemilik akaun bank yang dikaitkan dengan satu kes jenayah komersial,” kata Mohd Haide.

Kedua-dua suspek kini ditempatkan di lokap Balai Polis Bau dan dijangka dituduh di mahkamah hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membenarkan akaun bank mereka digunakan oleh pihak ketiga kerana perbuatan itu merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Tiga termasuk wanita warga asing ditahan dalam tiga serbuan dadah di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.