Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Jejak ayah jadi inspirasi, Darren Mengga perkenal Telih
  • HIBURAN

Jejak ayah jadi inspirasi, Darren Mengga perkenal Telih

Utusan Sarawak 6 hours ago
DARREN Mengga tampil segak dengan busana berunsur etnik, mencerminkan jati diri anak seni Sarawak yang mengangkat muzik tradisional sape dalam karya sulungnya, Telih. Foto Norman B

KUCHING: Bakat muda Sarawak, Darren Mengga, 21, terus mengorak langkah dalam dunia seni tanah air dengan mempertaruhkan single sulung berjudul Telih, sekali gus memperkenalkan elemen muzik tradisional sape kepada generasi baharu.

Anak jati Kuching itu mula berkecimpung dalam bidang seni sejak 2015 sebagai pemain sape cilik sebelum mengembangkan bakat ke dunia nyanyian.

Minatnya dalam bidang muzik banyak dipengaruhi oleh ayahnya, Watt Enjup, seorang artis tempatan Sarawak dan penyanyi Iban veteran yang pernah menghasilkan dua album sekitar 2006 hingga 2008.

Menurut Darren, lagu Telih mengangkat kisah harapan palsu dalam sebuah hubungan, disulami sentuhan muzik sape yang menjadi identiti tersendiri dalam karya tersebut.

Katanya, elemen tradisional itu bukan sekadar hiasan, malah menjadi nadi utama yang membezakan muziknya daripada arus perdana

 DARREN Mengga ketika menyertai pertandingan sape anjuran sebuah stesen televisyen.

“Saya mahu setiap karya yang dihasilkan ada identiti sendiri dan tidak meninggalkan akar budaya. Sape itu jiwa saya, jadi saya cuba gabungkan dengan muzik moden supaya ia lebih dekat dengan pendengar muda,” katanya.

Selain ayahnya, Darren turut menjadikan beberapa nama besar muzik Sarawak sebagai sumber inspirasi, antaranya Pirra Leslie, Orria Leslie dan Jerry Kamit, yang disifatkannya berjaya mengangkat martabat muzik tempatan ke peringkat lebih luas.

“Melihat perjalanan mereka memberi semangat kepada saya untuk terus berkarya. Mereka membuktikan muzik Sarawak mampu berdiri sama tinggi jika dilakukan dengan penuh komitmen dan keikhlasan,” ujarnya.

Sebagai pendatang baharu dalam industri nyanyian, Darren mengakui perjalanan yang ditempuh bukan mudah, namun sokongan keluarga dan rakan terdekat menjadi pembakar semangat untuknya terus melangkah.

DARREN Mengga

Beliau percaya usaha konsisten dan kesungguhan dalam berkarya mampu membuka ruang lebih besar pada masa hadapan.

Mengakhiri bicara, Darren menzahirkan penghargaan kepada pendengar yang sudi memberi peluang kepada karya sulungnya.

Katanya, sokongan awal itu amat bermakna dan menjadi dorongan untuk beliau terus menghasilkan lagu berkualiti serta mengangkat muzik tradisional Sarawak ke pentas yang lebih luas.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: 34 tahun pemergian Sudirman, kenangan kekal terpahat dalam ingatan penduduk Temerloh
Next: ‘One Battle After Another’ ungguli BAFTA, rangkul filem terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.