Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 294 kenderaan diperiksa, tiga kenderaan disita di Kuching
  • JENAYAH

294 kenderaan diperiksa, tiga kenderaan disita di Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
DISITA… Tiga kenderaan disita dalam Ops Khas Motosikal, Pemandu Warga Asing (PEWA) dan Luxury yang dilaksanakan JPJ Kuching sempena Tahun Baharu Cina 2026, hari ini. Foto JPJ Negeri Sarawak

KUCHING: Tiga kenderaan disita dalam Ops Khas Motosikal, Pemandu Warga Asing (PEWA) dan Luxury yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui Unit Operasi JPJ Kuching sempena Tahun Baharu Cina 2026, hari ini.

Operasi yang dijalankan menerusi rondaan dan pemantauan di sekitar bandar Kuching serta penguatkuasaan statik di Jalan Setia Raja itu melibatkan pemeriksaan terhadap 294 kenderaan pelbagai jenis.

DIPERIKSA… 294 kenderaan diperiksa dalam Ops Khas Motosikal, Pemandu Warga Asing (PEWA) dan Luxury yang dilaksanakan JPJ Kuching sempena Tahun Baharu Cina 2026, hari ini. Foto JPJ Negeri Sarawak

Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dikesan termasuk tiada lesen memandu sah, tidak memakai tali pinggang keledar serta kesalahan teknikal kenderaan.

Dalam operasi sama, Toyota Vellfire dan sebuah Perodua Bezza disita kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans. Kereta Perodua Kenari turut disita kerana dipandu warga asing yang tidak memiliki lesen memandu sah.

JPJ Sarawak memaklumkan penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi memastikan keselamatan jalan raya terpelihara dan orang ramai diingatkan supaya mematuhi peraturan serta memastikan dokumen kenderaan sah sebelum digunakan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Padah jadi ejen judi dalam talian, buruh ditahan polis di Sungai Pasir Kabong
Next: SPRM tahan bekas pengarah syarikat telekomunikasi disyaki beri rasuah RM8 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.