Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sembilan terkorban, 35 cedera dalam nahas bas di barat Afghanistan
  • GLOBAL

Sembilan terkorban, 35 cedera dalam nahas bas di barat Afghanistan

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEADAAN bas penumpang yang terbalik dalam nahas di Wilayah Badghis, barat Afghanistan, mengorbankan sembilan nyawa dan mencederakan 35 penumpang selepas dipercayai dipandu secara melulu. Foto agensi

KABUL: Sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban manakala 35 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terbalik akibat pemanduan melulu di Wilayah Badghis, barat Afghanistan pada Ahad, lapor Xinhua memetik kenyataan polis tempatan.

Jurucakap Polis Wilayah Badghis, Sadiqullah Sadeqi berkata, nahas itu berlaku di kawasan Sabzak di sepanjang lebuh raya yang menghubungkan ibu negeri wilayah itu, Qala-e-Naw, ke Wilayah Herat di barat Afghanistan.

Menurut pegawai itu, sembilan penumpang termasuk wanita dan kanak-kanak maut di tempat kejadian, manakala pihak polis dan penduduk tempatan membantu menghantar 35 mangsa yang cedera ke kemudahan kesihatan berhampiran untuk rawatan.

Sadeqi menyatakan kebimbangan bahawa jumlah kematian mungkin meningkat memandangkan beberapa mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal.

Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara yang pernah dilanda peperangan itu berikutan pemanduan melulu di jalan raya yang sesak, selain kekurangan papan tanda yang mencukupi di lebuh raya yang rosak. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Seniman Venezuela hasilkan ‘Mona Lisa Amerika Latin’ dari penutup botol plastik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.