Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Dua kereta terbakar di hadapan Klinik Batu Kawa
  • KEBAKARAN

Dua kereta terbakar di hadapan Klinik Batu Kawa

Utusan Sarawak 5 hours ago
 ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman ke atas kenderaan Perodua Axia yang terbakar sepenuhnya di hadapan Klinik Batu Kawa, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Dua kereta musnah dalam satu kejadian kebakaran di kawasan parkir hadapan Klinik Batu Kawa, petang ini. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.10 petang. 

Menurutnya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PGO) di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan dua kenderaan yang diparkir di hadapan klinik berkenaan.

ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman ke atas kenderaan Perodua Axia yang terbakar sepenuhnya di hadapan Klinik Batu Kawa, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

“Kereta jenis Perodua Axia didapati terbakar sepenuhnya manakala kereta jenis Honda mengalami kemusnahan kira-kira 30 peratus,” jelas Pegawai Bomba Kanan I Chaplin Wan dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Pasukan bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran sebelum operasi ditamatkan setelah keadaan disahkan selamat.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kilang terbakar di Bintulu, tiada mangsa dilaporkan
Next: Tiga mayat ditemukan dalam kebakaran rumah berhampiran Tokyo, kanak-kanak dikhuatiri terkorban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.