Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kilang terbakar di Bintulu, tiada mangsa dilaporkan
  • KEBAKARAN

Kilang terbakar di Bintulu, tiada mangsa dilaporkan

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kidurong, Bintulu, pada pagi tadi. Foto PGO Bomba

BINTULU: Sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kidurong di sini mengalami kebakaran pagi tadi, mengakibatkan sekitar 40 peratus daripada struktur bangunan terbakar.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 9.09 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong tiba di lokasi yang terletak sekitar dua kilometer dari balai berkenaan pada 9.12 pagi.

Kebakaran membabitkan papan gentian berketumpatan sederhana (Medium Density Fibreboard, MDF) serta beberapa mesin di dalam premis berkenaan.

Ketua Operasi, PBK I Abdullah Sedi, berkata api berjaya dikawal sepenuhnya pada 9.40 pagi. Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’ dan penyejukan bagi memastikan kebakaran tidak merebak semula.

Seramai 15 anggota dari BBP Kidurong dan BBP Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan satu unit Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Compact Fire Rescue Tender (CFRT), satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan satu unit lori tangki air.

Tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Continue Reading

Previous: Seorang kru maut selepas kebakaran di atas kapal persiaran menuju Singapura
Next: Dua kereta terbakar di hadapan Klinik Batu Kawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.