Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lima maut, 20 hilang selepas bot migran karam di selatan Pulau Crete, Greece
  • GLOBAL

Lima maut, 20 hilang selepas bot migran karam di selatan Pulau Crete, Greece

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI mencari dan menyelamat dijalankan susulan kejadian bot migran karam di perairan selatan Pulau Crete, Greece. Foto hiasan.

ATHENS: Lima migran disahkan maut manakala sekitar 20 lagi masih hilang selepas sebuah bot kayu yang membawa puluhan penumpang karam di perairan selatan pulau terbesar Greece, Crete, awal pagi Sabtu, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM) memetik kenyataan pihak berkuasa.

Menurut media tempatan, mangsa dipercayai merupakan migran yang cuba menuju ke Crete dan seterusnya ke Kesatuan Eropah (EU) dari Libya.

Penyiar Greece, ERTNews pada Sabtu melaporkan seramai 20 telah berjaya diselamatkan. Sementara itu, portal berita Crete, ekriti.gr melaporkan puluhan lagi masih hilang, manakala laporan radio tempatan menyatakan beberapa buah kapal sedang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Memetik sumber pengawal pantai, media tempatan melaporkan kemalangan itu berlaku sekitar 15 batu nautika (hampir 28 kilometer) di selatan Kaloi Limenes, di bahagian selatan pulau pelancongan yang popular itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: BLACKPINK jadi artis pertama capai 100 juta pelanggan di YouTube
Next: Lima maut, kenderaan terjunam ke dalam sungai di utara Afghanistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.