
HONG KONG: Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda Wilayah Papua New Guinea pada 6.18 pagi hari ini, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman GFZ, lapor Xinhua.
Pusat gempa dengan kedalaman 10 kilometer, pada mulanya ditentukan berada pada 5.34 darjah latitud selatan dan 145.75 darjah longitud timur.
-Bernama