Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kem Belia MADANI bentuk pemimpin muda berintegriti dan berdaya saing
  • PENDIDIKAN

Kem Belia MADANI bentuk pemimpin muda berintegriti dan berdaya saing

Utusan Sarawak 9 hours ago
PARA peserta dari PMU dan institusi pengajian tinggi lain menyertai Kem Belia MADANI bagi memperkukuh nilai integriti dan semangat patriotisme. Foto PMU

LUNDU: Seramai 31 peserta terdiri daripada barisan Majlis Tertinggi dan Exco Sekretariat Rakan Muda Politeknik Mukah (PMU) menyertai Kem Belia MADANI yang berlangsung selama empat hari tiga malam di Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi baru-baru ini.

Program anjuran Sekretariat Rakan Muda PMU dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Sarawak itu bertujuan memperkukuh jati diri, menyemai semangat patriotisme serta memantapkan nilai kepimpinan dalam kalangan barisan kepimpinan pelajar.

Kem berkenaan turut menghimpunkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PMU, Jawatankuasa Politeknik Metro Betong serta Sekretariat Rakan Muda Kolej Komuniti Mas Gading, sekali gus menjadikannya platform kolaborasi strategik antara institusi pengajian tinggi di Sarawak dalam memperkasa agenda pembangunan belia.

Sepanjang program berlangsung dari 12 hingga 15 Februari, para peserta mengikuti pelbagai pengisian berteraskan konsep Malaysia MADANI termasuk latihan dalam kumpulan, ceramah kenegaraan, aktiviti pembinaan pasukan serta modul kepimpinan yang menekankan aspek integriti, disiplin dan semangat kerja berpasukan.

“Program ini bukan sekadar aktiviti luar, tetapi medan untuk kami mengenali potensi diri, belajar bekerjasama dan memahami erti kepimpinan yang sebenar. Modul yang disampaikan sangat memberi kesan dan menyedarkan kami tentang tanggungjawab sebagai pemimpin,” dedah salah seorang wakil peserta kem tersebut dalam sebuah kenyataan. 

Seorang lagi peserta menyifatkan kem itu sebagai platform terbaik untuk membina keyakinan diri serta memperkukuh semangat berpasukan.

“Kami belajar bahawa kepimpinan bukan hanya tentang memberi arahan, tetapi tentang mendengar, memahami dan memimpin melalui teladan. Pengalaman sepanjang empat hari ini benar-benar menguji mental dan fizikal kami,” ujarnya.

Penganjuran Kem Belia MADANI ini diharap dapat melahirkan barisan kepimpinan Sekretariat Rakan Muda yang lebih proaktif, berintegriti serta mampu menjadi agen perubahan positif di PMU dan komuniti setempat.

Tags: pendidikam

Continue Reading

Previous: Perkongsian ilmu keselamatan elektrik perkasa komuniti Jepak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.