Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Enam warga asing ditahan dalam serbuan aktiviti pelacuran di Kuching
  • JENAYAH

Enam warga asing ditahan dalam serbuan aktiviti pelacuran di Kuching

Utusan Sarawak 15 hours ago
DITAHAN… Polis menahan enam warga asing yang disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran dalam satu serbuan di rumah Jalan Stutong, hari ini. Foto IPD Kuching

KUCHING: Polis menahan enam warga asing yang disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran dalam satu serbuan di rumah Jalan Stutong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Alexson Naga Chabu berkata operasi tersebut dijalankan hari ini susulan risikan yang diperoleh mengenai kegiatan haram berkenaan. 

Beliau berkata kesemua suspek berumur antara 30 hingga 40 tahun itu ditahan di lokasi kejadian dan kini direman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan,” katanya.

Menurutnya, kes turut disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali, serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-dua dan sebatan sehingga enam kali.

Alexson turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pelacuran supaya menghubungi pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-244444.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 41 saman dalam Op Selamat 25/2026 di Bau sempena Tahun Baharu Cina
Next: Lelaki ditahan positif dadah dalam Ops Tapis 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.