Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bomba pantau keadaan banjir di Kampung Bintawa, Kampung Gita
  • Selatan
  • WILAYAH

Bomba pantau keadaan banjir di Kampung Bintawa, Kampung Gita

Utusan Sarawak 14 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan rondaan pemantauan paras air di Kampung Bintawa dan Kampung Gita, malam ini. Foto JBPM

PETRA JAYA: Paras air di Kampung Bintawa dan Kampung Gita dilaporkan telah surut setakat rondaan dilakukan malam ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pemantauan kawasan banjir itu dijalankan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya bermula 8.20 malam.

ANGGOTA bomba menjalankan rondaan pemantauan paras air di Kampung Bintawa dan Kampung Gita, malam ini. Foto JBPM

Komander Operasi, PBK II Hanum Bungang berkata, rondaan awal di Kampung Bintawa mendapati keadaan air telah surut dan tiada pemindahan penduduk dijalankan.

Pasukan Keluaran Operasi kemudian meneruskan pemantauan ke Kampung Gita dan hasil pemeriksaan turut mendapati paras air berada dalam keadaan terkawal serta tidak memerlukan pemindahan.

ANGGOTA bomba menjalankan rondaan pemantauan paras air di Kampung Bintawa dan Kampung Gita, malam ini. Foto JBPM

Pihak bomba akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan terlibat.

Oleh Clarissa Ima

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hidangan bazar Ramadan didakwa masih mentah, cetus reaksi warga maya
Next: 33 mangsa banjir dipindahkan ke Masjid Sungai Maong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.