Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan fasiliti sukan di kawasan DUN Kalaka terus diberi perhatian
  • WILAYAH

Pembangunan fasiliti sukan di kawasan DUN Kalaka terus diberi perhatian

Utusan Sarawak 11 hours ago
KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka hadir pada majlis serah tapak projek siap bagi kerja-kerja naik taraf Gelanggang Futsal Kampung Melayu Roban. Foto ADUN Kalaka

ROBAN: Pembangunan fasiliti sukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka terus menjadi keutamaan apabila projek naik taraf Gelanggang Futsal Kampung Melayu Roban berjaya disiapkan sepenuhnya di bawah inisiatif kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, usaha memperkasa prasarana sukan di kawasan luar bandar akan terus diberi perhatian bagi memastikan golongan belia dan masyarakat setempat menikmati kemudahan yang selesa serta selamat untuk beriadah.

Majlis serah tapak projek siap bagi kerja-kerja naik taraf gelanggang futsal tersebut telah diwakili oleh Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi, yang hadir mewakili beliau di lokasi projek berkenaan.

Menurut Mohamad Duri, projek tersebut dilaksanakan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan Majlis Daerah Saratok sebagai agensi pelaksana. 

KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka hadir pada majlis serah tapak projek siap bagi kerja-kerja naik taraf Gelanggang Futsal Kampung Melayu Roban. Foto ADUN Kalaka

Beliau turut memaklumkan bahawa kerja-kerja naik taraf telah siap sepenuhnya pada 14 Februari lalu selepas beliau sendiri meninjau kemajuan projek berkenaan sebelum majlis penyerahan rasmi diadakan.

Katanya, dengan siapnya projek itu, golongan belia di Kampung Melayu Roban dan kawasan sekitarnya kini dapat menjalankan aktiviti sukan dan riadah dalam suasana lebih kondusif, sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.

“Penting untuk kita memastikan prasarana sukan yang selesa disediakan kepada belia dan masyarakat supaya mereka dapat bersukan, beriadah secara sihat serta menganjurkan program yang mampu mengeratkan silaturahim,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang terus komited menyalurkan peruntukan pembangunan ke kawasan luar bandar agar tidak ketinggalan berbanding kawasan bandar.

Bagi tahun ini, beberapa lagi projek prasarana sukan telah diluluskan di Saratok di bawah RTP, termasuk pembinaan baharu Dewan Badminton serta naik taraf padang futsal Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS). 

Di bawah DUN Kalaka, kemudahan sukan juga telah dibangunkan di sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Tingkatan Enam, kampung serta rumah panjang bagi memastikan akses lebih menyeluruh kepada masyarakat.

Mohamad Duri berkata, beberapa permohonan daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) berkaitan prasarana sukan turut diteliti dan akan dipertimbangkan mengikut keperluan semasa, sambil berharap penduduk setempat memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan dengan sebaiknya demi kesejahteraan bersama.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sentuhan Ramadan YADIM dan CIMB Islamic Bank di Asajaya
Next: Tiong gesa perpaduan masyarakat Cina, manfaatkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.