Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warga emas 69 tahun dilaporkan hilang di Kampung Sentah
  • TEMPATAN

Warga emas 69 tahun dilaporkan hilang di Kampung Sentah

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba dan pegawai polis mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli keluarga bagi membantu usaha mengesan warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Sentah, Siburan, hari ini. Foto JBPM Sarawak

SIBURAN: Warga emas wanita berusia 69 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Sentah, di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Sinuweg Rami dan setakat ini masih belum ditemui.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.09 petang. 

Komander Operasi, PBK I Ahmad Shah berkata, pihaknya mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli keluarga bagi membantu usaha mengesan mangsa.

“Pasukan tiba di lokasi pada 6.30 petang dan dimaklumkan bahawa mangsa dipercayai keluar rumah sekitar 10.00 pagi. Laporan polis telah dibuat oleh anak mangsa selepas wanita tersebut tidak pulang ke rumah sehingga lewat petang.

“Tujuan mangsa keluar dari rumah bagaimanapun tidak diketahui oleh ahli keluarga,” jelasnya dalam kenyataan hari ini. 

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dan setakat ini mangsa masih belum ditemui.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bazar Ramadan Semarak tampil wajah baharu, 40 peniaga sertai edisi 2026
Next: Bazar Ramadan Serian meriah, projek naik taraf taman komuniti RM3 juta bakal transformasi bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.