Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Alice Lau kukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Alice Lau kukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum di Sibu

Utusan Sarawak 6 hours ago
LAU merakam kenangan bersama tetamu yang hadir.

SIBU: Rumah terbuka Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau hari ini menjadi wadah memperkukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum, bangsa dan agama di bandar ini.

Majlis yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lanang, Jalan Lanang itu telah dihadiri oleh masyarakat pelbagai kaum dan etnik.

Para pengunjung dihidangkan dengan pek makanan, limau mandarin dan angpau serta dimeriahkan dengan persembahan tarian singa oleh Sibu Martial Art (Quan Shu) Association dan persembahan tukar to peng muka Cina (Bian Lian).

MENGAGIHKAN angpow kepada semua pengunjung yang hadir pada majlis rumah terbuka beliau di Pusat Khidmatnya, Jalan Lanang, hari ini.

Lau ketika ditemui pemberita berkata, walaupun sambutan tersebut berlangsung dalam bulan Ramadan, pihaknya menyediakan pek makanan halal khas untuk pengunjung Muslim supaya mereka boleh membawanya pulang bersama limau mandarin dan minuman.

“Bagi pek makanan bukan halal, kami menyediakan lebih 1,000 pek dan pengunjung boleh mengambilnya sebelum menerima angpau perayaan.

“Saya merasa bersyukur kerana cuaca tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas yang hujan,” jelasnya.

LAU merakam kenangan pada persembahan tarian singa.

Beliau menambah, bermula Chap Goh Mei, pusat khidmatnya akan meneruskan pengagihan pek makanan vegetarian pada setiap hari pertama dan hari ke-15 dalam kalendar lunar di Tokong Tua Pek Kong dan Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu.

“Ini mungkin bukan sumbangan besar, tetapi ia melambangkan keprihatinan dan semangat kebersamaan.

“Satu usaha kecil untuk memastikan mereka yang memerlukan merasai kasih sayang dalam komuniti kita,” katanya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing, Presiden Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu, Ngieng Hock Teck, serta ketua masyarakat dan ketua kaum. 

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua selamat, Proton Saga terbabas masuk parit di Simpang Lubok Antu
Next: Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di Lawas, didik pengguna patuhi undang-undang jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.