Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 41 saman dalam Op Selamat 25/2026 di Bau sempena Tahun Baharu Cina
  • JENAYAH

41 saman dalam Op Selamat 25/2026 di Bau sempena Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 6 hours ago
POLIS Bau menjalankan pemeriksaan kenderaan semasa Op Selamat 25/2026, di Bau hari ini. Foto IPD Bau

BAU: Polis telah mengeluarkan sebanyak 41 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Selamat 25/2026 yang dijalankan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman berkata, seramai 170 individu dan 125 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 41 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Kaedah 257 Peraturan Polis,” katanya.

Antara kesalahan yang dikesan ialah gagal memakai tali pinggang keledar, pengubahsuaian ekzos secara tidak sah, lesen memandu dan cukai jalan yang telah tamat tempoh, serta nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

POLIS Bau menjalankan pemeriksaan kenderaan semasa Op Selamat 25/2026, di Bau hari ini. Foto IPD Bau

Beliau berkata, operasi itu melibatkan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta unit sokongan lain, dengan tumpuan kepada pematuhan peraturan jalan raya dan pencegahan kemalangan sepanjang musim perayaan.

Tiada tangkapan atau kejadian tidak diingini dilaporkan sepanjang operasi dijalankan.

“Keadaan trafik adalah terkawal dan cuaca baik. Kamera badan turut digunakan oleh pegawai bertugas bagi memastikan ketelusan dan integriti sepanjang operasi,” tambahnya.

Haide menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang undang lalu lintas, sambil menegaskan bahawa sikap cuai seperti tidak memakai tali pinggang keledar atau melakukan pengubahsuaian kenderaan secara tidak sah boleh mengundang kemalangan dan tindakan undang undang.

“Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Patuhi peraturan dan lindungi diri serta keluarga anda,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan kes dadah di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.