Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Padawan tahan dua lelaki tempatan, rampas 5.61 gram dadah disyaki syabu
  • JENAYAH

Polis Padawan tahan dua lelaki tempatan, rampas 5.61 gram dadah disyaki syabu

Utusan Sarawak 7 hours ago
DUA supek ditahan semasa serbuan.

PADAWAN: Polis menahan dua lelaki tempatan dan merampas 5.61 gram dadah disyaki syabu dalam satu serbuan di Kampung Siga, Siburan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padawan menjalankan operasi tersebut pada kira-kira 1.30 pagi.

DADAH yang dirampas daripada suspek.

“Dua suspek berusia 24 dan 30 tahun telah ditahan dalam serbuan berkenaan. Polis turut merampas 5.61 gram bahan yang disyaki syabu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Wanita ditahan jadi ‘keldai akaun’, terlibat penipuan dalam talian lebih RM35,500
Next: Tiga lelaki ditahan kes dadah di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.