Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Isak makin hampir kembali perkuat Liverpool
  • SUKAN

Isak makin hampir kembali perkuat Liverpool

Utusan Sarawak 10 hours ago
ALEXANDER Isak mengalami patah tulang di bahagian bawah kaki Disember lalu. Foto fail AFP

LONDON: Pengurus Liverpool, Arne Slot memberitahu bahawa penyerang Alexander Isak kini berada di ‘peringkat akhir pemulihan’ dan berpotensi kembali beraksi sekitar hujung Mac atau awal April bagi membantu The Reds memburu slot ke Liga Juara-Juara.

Isak, yang menjadi pembelian rekod Britain apabila menyertai Liverpool FC dengan nilai £125 juta daripada Newcastle United pada September lalu, terpaksa diketepikan sejak pertengahan Disember selepas mengalami patah tulang di bahagian bawah kaki serta menjalani pembedahan buku lali susulan terjahan oleh pemain Tottenham Hotspur, Micky van de Ven.

Kecederaan itu berlaku ketika penyerang antarabangsa Sweden berusia 26 tahun tersebut mula menemui sentuhan terbaiknya di Anfield dengan dua gol dalam enam perlawanan.

“Alex sudah turun ke padang minggu ini, bukan dengan kasut bola tetapi dengan kasut larian buat kali pertama,” kata Slot kepada wartawan.

“Langkah seterusnya ialah berlatih dengan bola, kemudian menyertai latihan berkumpulan dan selepas itu barulah mengambil sedikit masa sebelum benar-benar bersedia untuk bermain.

“Mungkin sekitar hujung Mac atau awal April dia kembali bersama kumpulan. Tetapi itu tidak bermakna dia terus bersedia untuk bermain atau diturunkan sebagai kesebelasan utama.”

PENGURUS Liverpool, Arne Slot. Foto AFP

Slot turut memuji komitmen Isak dan pasukan perubatan kelab kerana proses pemulihan yang berjalan lancar.

Isak merupakan salah seorang daripada lima pemain utama Liverpool yang masih dibelenggu kecederaan ketika ini, dengan Jeremie Frimpong paling hampir untuk kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan hamstring.

Liverpool kini berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris, hanya tiga mata di belakang kelompok empat teratas dengan baki 12 perlawanan.

Mereka akan menentang beberapa pasukan kelompok bawahan dalam usaha mengukuhkan kedudukan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Sementara itu, pendahulu liga Arsenal FC kini hanya lima mata di depan Manchester City selepas seri 2-2 menentang Wolves minggu ini.

Menurut Slot, saingan Liga Perdana Inggeris musim ini lebih kompetitif berbanding beberapa tahun kebelakangan ini, menjadikan setiap – perlawanan semakin sukar untuk dimenangi.- AFP

Continue Reading

Previous: Arteta gesa Arsenal bangkit dari kesakitan berdepan Wolves
Next: Rachel ke suku akhir Piala Cincinnati Gaynor 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.