Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki tempatan maut, motosikal bertembung dengan kereta di Sibu
  • KEMALANGAN

Lelaki tempatan maut, motosikal bertembung dengan kereta di Sibu

Utusan Sarawak 17 hours ago
GAMBAR hiasan

SIBU: Sorang lelaki tempatan maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Sibu-Bintulu berhampiran bulatan Sibu Jaya, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Supt Bonifce Bajai berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar 6.12 pagi, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, putus kaki kiri dan disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan putus kaki kiri, disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu kenderaan pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, kemalangan ini turut mengakibatkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan

kenderaan dan motosikal mengalami kerosakan teruk pada keseluruhan bahagian.

“Susulan kejadian, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen

41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Lelaki putus kaki terkena letupan bunga api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.