Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki putus kaki terkena letupan bunga api
  • KEMALANGAN

Lelaki putus kaki terkena letupan bunga api

Utusan Sarawak 18 hours ago
LETUPAN bunga api jenis ‘shoot cake 4 (D) 16 shot’ menyebabkan seorang lelaki cedera parah dalam kejadian di Taman Damai Jaya, awal pagi semalam. Foto PDRM

SEGAMAT: Seorang lelaki tempatan berusia 30-an cedera parah sehingga kudung kaki kirinya akibat terkena letupan bunga api di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata dalam kejadian sekitar 12.30 tengah malam itu, mangsa mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke zon merah Hospital Segamat untuk rawatan.

Beliau berkata pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan mangsa mengalami kecederaan putus kaki kirinya di bawah bahagian lutut dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai bermain bunga api jenis ‘shoot cake 4 (D) 16 shot’ (premium) di hadapan rumah sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan polis menasihatkan agar masyarakat bermain bunga api yang dibenarkan di kawasan tanah lapang, di samping mengamalkan langkah-langkah keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pengawal keselamatan maut kemalangan kendiri di Limbang
Next: Lelaki tempatan maut, motosikal bertembung dengan kereta di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.