Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan teras kemajuan untuk kesejahteraan bersama
  • Utara
  • WILAYAH

Perpaduan teras kemajuan untuk kesejahteraan bersama

Utusan Sarawak 8 hours ago
SELAMAT TBC… Henry Sum Agong dan rombongan merakam gambar kenangan bersama keluarga Penghulu Liaw Soon Teck di Trusan.

LAWAS: Perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) merupakan antara perayaan utama di negara ini yang menjadi pengukuh perpaduan rakyat berbilang kaum dan latar belakang.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong menjelaskan melalui perpaduan dan keharmonian antara kaum akan memudahkan seluruh rakyat mencapai satu cita-cita bersama iaitu kemajuan dalam kehidupan.

“Perayaan Tahun Baharu Cina bukan sahaja perayaan masyarakat cina tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya termasuk yang berbilang kaum.

DUDUK SEMEJA… (dua kanan) Temenggong Davis, Henry Sum dan Penghulu Liaw Soon Teck berkongsi kemeriahan TBC di Trusan.

“Kerjasama seperti ini membolehkan kita saling membantu dalam mencapai cita-cita bersama, bukan sahaja dari segi pembangunan tetapi juga memperkukuh hubungan dan kerjasama antara kita. Ia akan membawa kita ke hadapan,” katanya kepada media selepas lawatan TBC ke kediaman Penghulu Liaw Soon Teck di Trusan, Lawas.

Henry Sum Agong memberitahu jalan raya menghubungkan Ba’kelalan ke Kalimantan dan Bario telah dilulus.

Katanya, ini akan merancakkan sektor ekonomi setempat khususnya dalam pelancongan dan perdagangan rentas sempadan antara Lawas, Kalimantan, Brunei dan Sabah.

Beliau menggesa penduduk tempatan untuk turut mengambil peluang dalam pembangunan yang akan dialami di Lawas.

Menyentuh mengenai Projek Kereta Api Trans-Borneo, beliau mahu projek ini diteruskan.

Katanya, projek itu penting dalam meningkatkan perhubungan antara wilayah di Borneo dalam mengerakkan ekonomi di wilayah terlibat.

Jelasnya, projek ini mempunyai prospek luas untuk mengembangkan ekonomi dalam sektor pelancongan, industri makanan dan perkembangan teknologi di kawasan wilayah Borneo itu sendiri.

Turut sama dalam kunjungan berkenaan ialah Temenggong Davis Udan Parag, ketua-ketua masyarakat Lun Bawang dan Kapitan Cina daerah kecil Trusan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Nelayan dibaham buaya di Sungai Buloh, operasi SAR diteruskan esok
Next: Harapan mencari Faizal belum padam, SAR hari kedua kes serangan buaya diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.