Kebakaran dapur di Kota Samarahan, tiada kerosakan struktur dilaporkan

Facebook
WhatsApp
BOMBA melakukan pemeriksaan.

KOTA SAMARAHAN: Satu kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah kediaman di Merdang Gayam di sini awal pagi tadi. Panggilan kecemasan diterima pada 1.42 pagi dan operasi tamat 2.18 pagi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kebakaran hanya melibatkan kipas pengudaraan dapur dan tidak menjejaskan struktur kediaman.

PBK II (TBK I) Nur Affandy Zamri Abdullah, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan, memaklumkan bahawa pihak bomba hanya menjalankan pengudaraan tanpa melakukan kerja pemadaman.

Seramai enam anggota bomba terlibat dalam operasi tersebut dengan penggunaan satu jentera CFRT. Tiada agensi lain dikerahkan ke lokasi.

JBPM menegaskan bahawa operasi berjalan lancar dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai.

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis