Warga IPD Lawas perkukuh ukhuwah sempena Ihya Ramadan

Facebook
WhatsApp
BACAAN YASIN…warga IPD Lawas kelihatan khusyuk membaca surah Yasin diikuti tahlil arwah perdana IPD Lawas. Foto IPD Lawas

LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas mengadakan Program Ihya Ramadan di Surau IPD Lawas, Jalan Banting, semalam.

Program tersebut dihadiri seramai 66 peserta, termasuk Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam, Ahli PERKEP, serta keluarga warga IPD Lawas.

Program bermula pada 6.30 petang dan berlangsung lancar sehingga selesai. Antara agenda yang dijalankan ialah solat Maghrib berjemaah, bacaan Surah Yasin, tahlil arwah, serta doa selamat.

KELUARGA POLIS…isteri dan anak pegawai serta anggota polis IPD Lawas turut sama memeriahkan program Ihya Ramadan IPD Lawas 2026. Foto IPD Lawas

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata program itu bertujuan meningkatkan kesedaran rohani dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), memupuk budaya hidup beragama, mengimarahkan masjid dan surau melalui pengisian program kerohanian, serta mengukuhkan ukhuwah sesama warga PDRM.

Beliau menambah bahawa program berjalan dengan baik dan lancar, diselubungi suasana tenang serta penuh keberkatan.

Oleh Adeng Edrus