Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk Kampung Sungai Mata nikmati bekalan air bersih melalui dua tangki perintis
  • TEMPATAN

Penduduk Kampung Sungai Mata nikmati bekalan air bersih melalui dua tangki perintis

Utusan Sarawak 19 hours ago
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi (tengah) bersama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang ketika melawat Kampung Sungai Mata di Kota Samarahan, hari ini. Foto UKAS 

KOTA SAMARAHAN: Penduduk di 315 rumah di Kampung Sungai Mata kini menikmati bekalan air bersih dan terawat secara lebih stabil selepas dua tangki air berkapasiti keseluruhan 38,000 liter sehari mula beroperasi sepenuhnya.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, setiap tangki berkapasiti 19,000 liter dan diperuntukkan khusus untuk kegunaan penduduk kampung sebagai penyelesaian jangka panjang terhadap masalah bekalan air sebelum ini.

“Kita kini dapat menyaksikan dua tangki air telah sampai ke Kampung Sungai Mata. Setiap tangki berkapasiti 19,000 liter, membolehkan 315 rumah menerima bekalan air mencukupi setiap hari. 

“Sistem ini sudah pun beroperasi dan dijadikan projek perintis atau ‘testbed’ bagi membantu kampung-kampung terpencil serta rumah panjang tertentu yang memerlukan bekalan harian,” katanya ketika ditemui media semasa lawatan kerja ke kampung itu, hari ini. 

DUA tangki air berkapasiti keseluruhan 38,000 liter sehari yang telah mula beroperasi sepenuhnya di Kampung Sungai Mata, Samarahan, hari ini. Foto UKAS 

Julaihi turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Timbalan Speaker DUN Sarawak merangkap ADUN Muara Tuang, Idris Buang atas inisiatif terdahulu dalam membantu menyediakan bekalan air sementara menunggu sistem tetap siap.

Beliau berkata sistem tangki perintis itu diharap menjadi sumber air terawat yang berterusan untuk penduduk kampung. 

Sarawak Water Sdn Bhd juga diminta memantau operasi secara berterusan bagi memastikan tiada aduan daripada penghulu atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Projek ini membuktikan pendekatan pantas kerajaan untuk menangani masalah bekalan air di kawasan luar bandar. Penduduk kini tidak lagi perlu risau akan gangguan bekalan sementara menunggu sistem tetap siap,” katanya.

Oleh Adele Rissa 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak percepatkan bekalan air, elektrik di Fasa 4 Kampung Tanjung Bundong
Next: 5,000 pengunjung meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Sarawak 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.