Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat lelaki disyaki terlibat sindiket ‘along’ taktik simbah cat diberkas di Miri
  • JENAYAH

Empat lelaki disyaki terlibat sindiket ‘along’ taktik simbah cat diberkas di Miri

Utusan Sarawak 6 hours ago
DITAHAN… Empat suspek yang disyaki along ditahan untuk siasatan lanjut. Foto IPD Miri

MIRI: Polis menahan empat lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ‘along’ yang menggunakan taktik menyimbah cat ke atas premis mangsa bagi menuntut bayaran hutang, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kesemua suspek berumur antara 24 hingga 27 tahun itu diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hasil risikan dan siasatan yang dijalankan.

“Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah terdahulu dan kini direman bagi membantu siasatan lanjut.

Menurutnya, dengan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan tiga kes simbah cat yang dilaporkan di daerah ini sepanjang tahun ini.

Mohd Farhan berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan dalang utama serta saki-baki suspek lain yang dipercayai terlibat dalam sindiket berkenaan bagi melumpuhkan sepenuhnya rangkaian kegiatan jenayah tersebut.

“Siasatan turut dijalankan bagi mengenal pasti sama ada sindiket ini terlibat dalam kes lain yang dilaporkan di sekitar Miri dan kawasan berhampiran,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kegiatan sindiket pemberi pinjaman wang tidak berlesen yang menggunakan ugutan dan perbuatan khianat sebagai kaedah menuntut bayaran hutang.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran pinjaman wang secara dalam talian yang menjanjikan kelulusan mudah kerana ia boleh mengundang risiko serta implikasi jenayah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah diminta menyalurkan maklumat kepada IPD Miri di talian 085-433400 atau hadir ke balai polis berhampiran.

“Kerjasama masyarakat amat dihargai dalam usaha membanteras jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Bergurau minta belanja berakhir tulang siku retak dipukul cota di Miri
Next: Padah sorok syabu dalam bekas gula-gula, pengedar tempatan dicekup polis di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.