Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Bergurau minta belanja berakhir tulang siku retak dipukul cota di Miri
  • JENAYAH

Bergurau minta belanja berakhir tulang siku retak dipukul cota di Miri

Utusan Sarawak 5 hours ago
DITAHAN… Suspek ditahan untuk tindakan lanjut. Foto IPD Miri

MIRI: Tindakan bergurau meminta belanja bertukar menjadi insiden kekerasan apabila seorang lelaki cedera selepas dipukul rakannya sendiri menggunakan sebatang cota dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Kampung Lusut, di sini, semalam.

Mangsa berusia 32 tahun dilaporkan bertemu suspek yang juga rakannya di premis berkenaan
sebelum sempat bergurau meminta belanja.

Namun, gurauan tersebut dipercayai mengundang kemarahan suspek berusia 33 tahun yang secara tiba-tiba bertindak agresif dengan memukul mangsa menggunakan cota besi.

DIRAMPAS…Barang yang dirampas daripada suspek. Foto IPD Miri

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami keretakan pada tulang siku kiri dan segera dikejarkan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sejurus menerima laporan, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  bertindak mengesan dan menahan suspek.

Polis turut merampas sebatang cota besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook  Polis Daerah Miri, Ketua Polis Daerah  Mohd Farhan Lee Abdullah
berkata, suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengawal emosi dan tidak bertindak melulu walaupun dalam situasi bergurau, kerana tindakan luar batas boleh membawa padah serta berdepan tindakan undang-undang.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan terbabit loteri awam haram di Bau
Next: Empat lelaki disyaki terlibat sindiket ‘along’ taktik simbah cat diberkas di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.