Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi sertai latihan menembak di PULAPOL Kuching
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi sertai latihan menembak di PULAPOL Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
TUN Wan Junaidi menyertai latihan menembak anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuching di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyertai latihan menembak anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuching di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, hari ini.

Ketibaan beliau disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu serta pegawai kanan PDRM yang lain.

TUN Wan Junaidi menyertai latihan menembak anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuching di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, hari ini. Foto UKAS

Program dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan dan pengendalian senjata api yang disampaikan oleh Pegawai Turus Persenjataan, Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, DSP Zaidi Said yang juga bertindak sebagai pengendali latihan.

Dalam sesi tersebut, Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menyertai latihan kategori ‘centre-fire’ dan ‘falling plate’ bersama Mohamad Zainal serta pegawai kanan pasukan.

Menurut Alexson, seramai 20 pegawai terdiri daripada pegawai kanan lelaki dan wanita mengambil bahagian dalam latihan julung kali itu bagi memastikan tahap kemahiran serta kompetensi penggunaan senjata api sentiasa berada pada tahap optimum.

TOH Puan Fauziah menyertai latihan menembak anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuching di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, hari ini. Foto UKAS

Sejurus selesai latihan, Tun Wan Junaidi dan isteri turut menghadiri jamuan tengah hari sebelum menandatangani kertas sasaran yang digunakan sepanjang sesi menembak tersebut.

Latihan bersejarah yang pertama kali diadakan bersama Tun Wan Junaidi itu diakhiri dengan sesi fotografi beramai-ramai sebelum tetamu kenamaan berangkat meninggalkan majlis.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Warga Kuching buat pembelian Tahun Baharu Cina, Ramadan saat akhir
Next: Ops TBC 2026: JPJ Sarawak perketat pemantauan, pemeriksaan bas di tiga terminal utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.