Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Van lama terbiar musnah dalam kebakaran di Kampung Pulau Melayu
  • KEBAKARAN

Van lama terbiar musnah dalam kebakaran di Kampung Pulau Melayu

Utusan Sarawak 6 hours ago
TERBAKAR…Sebuah van lama musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Pulau Melayu di Miri awal pagi tadi. 

MIRI: Sebuah van lama jenis KIA yang ditinggalkan di pinggir jalan di Kampung Pulau Melayu, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.54 pagi sebelum jentera pertama digerakkan ke lokasi sekitar seminit kemudian.

“Komander Operasi memaklumkan bahawa setibanya pasukan di lokasi pada 2.07 pagi, didapati sebuah van lama sedang terbakar.

“Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu saluran bantu mula dengan sumber air daripada tangki jentera,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada 2.12 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.28 pagi.

Difahamkan, van berkenaan merupakan kenderaan lama yang telah lama terbiar di kawasan tersebut dan pemiliknya masih belum dikenal pasti.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Dua kenderaan musnah, rumah terjejas 50 peratus kebakaran di Taman Gamang Height

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.