Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tahun Kuda pacu Sarawak jadi pencipta teknologi
  • SEMASA

Tahun Kuda pacu Sarawak jadi pencipta teknologi

Utusan Sarawak 7 hours ago
SARAWAK pacu industri semikonduktor, satelit mikro dan tenaga hijau sebagai strategi menghadapi cabaran global dan membina ekonomi berdaya tahan.

PETRA JAYA: Sarawak menyasarkan lonjakan besar dalam sektor teknologi tinggi termasuk industri semikonduktor dan pembangunan satelit mikro sebagai langkah keluar daripada kepompong ekonomi berasaskan teknologi rendah.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, negeri ini perlu menjadi pencipta teknologi dan bukan lagi sekadar pengguna teknologi dalam mendepani cabaran global yang semakin mencabar .

“Sarawak harus menjadi pencipta teknologi dan bukan lagi hanya sebagai pengguna teknologi jika kita ingin keluar dari kepompong sebagai wilayah yang berasaskan teknologi rendah,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu Cina 2026.

TAHUN Kuda melambangkan kekuatan, ketabahan dan semangat pantas bergerak ke hadapan dalam menghadapi cabaran.

Abang Johari berkata tahun kuda melambangkan kekuatan, ketabahan dan ketahanan yang perlu dijadikan asas untuk rakyat Sarawak bergerak ke hadapan dalam era ketidaktentuan geopolitik, gangguan teknologi serta transisi ekonomi rendah karbon .

Beliau berkata, Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) Sarawak diunjurkan mencecah RM154 bilion bagi 2025 dengan kadar pertumbuhan antara lima hingga enam peratus berbanding RM148.2 bilion pada 2024 .

“Angka ini menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan dan mencerminkan ketahanan ekonomi Sarawak hasil dasar yang jelas dan strategik,” katanya .

Katanya, hasil negeri turut meningkat lebih dua kali ganda berbanding sedekad lalu dengan rekod tertinggi RM14.187 bilion dicatatkan pada 2024 .

Dalam sektor semikonduktor, beliau berkata Sarawak melalui X-FAB telah menghasilkan cip analog di Zon Industri Bebas Samajaya sejak 1998 dan kini menjalani pembesaran bernilai RM3 bilion bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran .

Selain itu, syarikat milik kerajaan negeri, SMD Semiconductor, berjaya mencipta cip sebatian berasaskan Gallium Nitride (GaN) yang dikuasakan AI hasil kerjasama dengan CSA Catapult UK serta kolaborasi bersama University of Bristol .

Beliau turut memaklumkan Sarawak merancang pembangunan satelit mikro atau CubeSat bagi tujuan pemantauan cuaca sebagai langkah menggiatkan inovasi dan membuka peluang kepada generasi muda dalam bidang aeroangkasa .

Dalam aspek tenaga hijau, katanya Sarawak kini menyalurkan 50 megawatt (MW) elektrik ke Sabah serta antara 190 hingga 200MW ke Kalimantan Barat sejak 2016, dengan penyambungan ke Brunei bakal mewujudkan grid tenaga Borneo .

“Namun, ketersediaan dana sahaja tidak menjamin kejayaan tanpa perpaduan, integriti dan ketahanan rakyat Sarawak,” katanya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 2026 akan bawa kejayaan inisiatif strategik Sarawak – Abang Johari
Next: Arab Saudi tetapkan bayaran dam sebagai prasyarat visa haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.