Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS gesa kerjasama awam guna tong RoRo dengan betul sempena pembersihan Tahun Baharu Cina
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS gesa kerjasama awam guna tong RoRo dengan betul sempena pembersihan Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 6 hours ago
 KEADAAN tong Roll-on Roll-off (RoRo) yang disediakan MBKS di beberapa lokasi terpilih di sekitar selatan Kuching.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menggesa orang ramai supaya menggunakan tong Roll-on Roll-off (RoRo) dengan betul dan bertanggungjawab bagi memastikan kebersihan bandar sentiasa terpelihara, khususnya sepanjang tempoh pembersihan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

MBKS telah menempatkan tong RoRo di beberapa lokasi terpilih di sekitar selatan Kuching bagi memudahkan penduduk melupuskan sisa bersaiz besar hasil aktiviti pembersihan rumah sempena musim perayaan.

Dalam masa sama, MBKS turut melaksanakan kerja-kerja pembersihan segera di beberapa lokasi tong RoRo selepas mendapati terdapat sampah yang dibuang di luar bekas yang disediakan.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, tindakan susulan tersebut penting bagi memulihkan tahap kebersihan kawasan dan memastikan persekitaran kekal selamat serta selesa untuk penduduk setempat.

Beliau menjelaskan bahawa penyediaan tong RoRo merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MBKS dalam mengekalkan tahap kebersihan awam dan persekitaran bandar, terutama ketika musim perayaan apabila kebanyakan isi rumah menjalankan pembersihan besar-besaran.

“Tong RoRo ini disediakan untuk kemudahan orang ramai dan perlu digunakan secara bertanggungjawab.

“Amalan pembuangan sampah di luar bekas atau menyelongkar barang buangan bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah boleh menyebabkan keadaan tidak bersih dan meningkatkan risiko penularan penyakit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah beliau, amat mendukacitakan apabila masih terdapat pihak yang sengaja meninggalkan sampah di luar tong walaupun kemudahan yang sesuai telah disediakan oleh pihak majlis.

“Sehubungan itu, saya mengingatkan penduduk agar memastikan semua sisa buangan dimasukkan dengan betul ke dalam tong yang disediakan serta memberi kerjasama penuh kepada pihak MBKS dalam usaha mengekalkan kebersihan bandar.

“Kebersihan bandar merupakan tanggungjawab bersama dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi memastikan persekitaran kekal bersih, teratur dan sihat,” jelasnya.

Melalui kerjasama komuniti dan rasa tanggungjawab bersama, MBKS berharap sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini dapat diraikan dalam suasana bandar yang bersih, selamat, sihat dan harmoni.

Continue Reading

Previous: Simbol kedaulatan Sarawak dikibar megah di Dataran Ibu Pertiwi
Next: Lawatan Saberkas Prihatin perkukuh semangat kekeluargaan ahli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.