Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 68 warga asing ditahan, bekerja tanpa permit sah di Kuching
  • JENAYAH

68 warga asing ditahan, bekerja tanpa permit sah di Kuching

Utusan Sarawak 8 hours ago
DITAHAN… Seramai 68 warga asing berjaya ditangkap dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di sekitar Kuching, baru-baru ini. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

KUCHING: Seramai 68 warga asing berjaya ditangkap dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di sekitar bandar raya ini.

Pihak Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching digerakkan bagi melaksanakan operasi yang menumpukan premis dipercayai menggaji warga asing tanpa pas atau permit yang sah.

Antara lokasi sasaran operasi termasuk tapak pembinaan apartmen di hadapan Moyan Square, beberapa pusat hiburan di kawasan Tabuan dan Jalan Petanak, serta premis makanan dan minuman di Pines Square, Batu Kawa.

DITAHAN… Seramai 68 warga asing berjaya ditangkap dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching di sekitar Kuching, baru-baru ini. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Kuching untuk siasatan lanjut di bawah peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa.

Jabatan Imigresen menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh penguatkuasaan serta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis keluar 14 saman dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Lubok Antu
Next: Pemilik syarikat rugi RM59,500 jadi mangsa ‘phone scam’ di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.