Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • CMAA bimbang generasi baharu tarian singa pelihara warisan budaya
  • TEMPATAN

CMAA bimbang generasi baharu tarian singa pelihara warisan budaya

Utusan Sarawak 5 hours ago
AHLI Persatuan Tarian Naga, Tarian Singa dan Wushu Sarawak (PTNSWS) bersama presidennya Chester Lim Hian Thoong bergambar selepas menjalani latihan sebagai persiapan untuk melakukan persembahan menjelang perayaan Tahun Baru Cina 2026 di Persatuan Masyarakat Kawasan Penempatan Semula Stampin Kuching, baru-baru ini. Ditubuhkan pada 1974, persatuan yang berpangkalan di Kuching itu bukan sekadar mempromosikan seni mempertahankan diri tradisional Cina, malah turut menubuhkan pasukan tarian naga, dan singa, selaras dengan amalan lazim persatuan seni bela diri pada era berkenaan. Foto BERNAMA

KUCHING: Persatuan Seni Mempertahankan Diri Cina (CMAA), yang menyambut ulang tahun ke-52 tahun ini mempergiat usaha bagi memastikan kesinambungan tradisi tarian singa dalam kalangan generasi muda.

Ditubuhkan pada 1974, persatuan yang berpangkalan di Kuching itu bukan sekadar mempromosikan seni mempertahankan diri tradisional Cina, malah turut menubuhkan pasukan tarian naga, dan singa, selaras dengan amalan lazim persatuan seni bela diri pada era berkenaan.

Kini, usaha memelihara warisan budaya berkenaan menjadi antara misi utama persatuan itu.

Presiden CMAA Chester Lim Hian Thoong berkata sejak 2015, persatuan itu menerusi Persatuan Tarian Naga, Tarian Singa dan Wushu Sarawak (PTNSWS) menerajui program latihan tarian singa dan naga, sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum sekolah menengah di seluruh negeri.

Beliau berkata persatuan itu juga menganjurkan Kejohanan Terbuka Antarabangsa Piala Tarian Naga dan Singa Sarawak setiap tahun, yang mendapat sokongan Kerajaan Negeri Sarawak bagi terus mempromosikan dan memperkasakan tradisi itu.

“Menerusi program ini, pelajar didedahkan kepada pelbagai elemen asas termasuk bermain gendang, simbal dan gong, selain menguasai koordinasi pergerakan yang diperlukan untuk mengendalikan kepala dan ekor singa.

“Secara umumnya, pelajar mampu memikul pelbagai peranan dalam pasukan selepas kira-kira enam bulan latihan bagi persembahan asas. Namun, rutin lebih kompleks memerlukan latihan bertahun-tahun dan persembahan untuk pertandingan menuntut standard yang lebih tinggi.

AHLI Persatuan Tarian Naga, Tarian Singa dan Wushu Sarawak (PTNSWS) giat melakukan latihan untuk persiapan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut tak lama lagi di Persatuan Masyarakat Kawasan Penempatan Semula Stampin Kuching, baru-baru ini. Foto BERNAMA

“Semua pelajar juga menjalani latihan Wushu kerana ia menyediakan kekuatan fizikal, ketangkasan dan disiplin yang penting untuk tarian singa,” katanya kepada Bernama.

Chester berkata penting untuk difahami bahawa tarian singa dan naga bukan sekadar tradisi, malah telah berkembang menjadi sukan kompetitif, yang dipertandingkan dalam acara antarabangsa seperti Sukan Tertutup Asia.

Beliau berkata ia lebih tepat ditakrifkan sebagai sukan warisan budaya, yang sekian lama menarik penyertaan pelbagai komuniti di Sarawak termasuk kaum Cina, Dayak dan Melayu.

Mengenai kepentingan budaya tarian singa, Chester berkata tradisi itu dipercayai mampu menghalau roh jahat, membawa tenaga positif serta tuah dan kemakmuran.

Beliau berkata setiap persembahan tarian singa mencerminkan disiplin tinggi, dedikasi, kerja berpasukan serta nilai-nilai positif yang dizahirkan oleh para penari.

“Ketika ini, sebanyak  80 pelajar daripada tiga sekolah di Kuching menyertai program Tarian Singa dan Naga anjuran CMAA.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sejambak Kasih JKM santuni 234 penerima di Simanggang sempena Tahun Baharu Cina
Next: Sokongan penduduk kukuhkan pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Desa Wira Fasa 2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.