Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penduduk Bintulu digesa maklumkan polis melalui BSP sebelum tinggalkan rumah
  • TEMPATAN

Penduduk Bintulu digesa maklumkan polis melalui BSP sebelum tinggalkan rumah

Utusan Sarawak 8 hours ago
 JOHNNY Pang memakaikan topi keledar baharu kepada pengguna jalan raya semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Selamat sempena TBC 2026 di hadapan Balai Bomba Bintulu di sini, hari ini.

BINTULU: Penduduk setempat diseru agar memaklumkan pihak polis melalui program Balik Kampung Selamat (BSP) menerusi aplikasi Rondaan Telefon Pintar Sukarelawan (VSP) sebelum meninggalkan rumah sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) bagi memastikan keselamatan kediaman masing-masing terjamin.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Nixon Joshua Ali berkata, langkah tersebut membolehkan pihak polis menjalankan rondaan berkala di kawasan perumahan yang ditinggalkan penduduk sebagai usaha mencegah jenayah.

Menurut beliau, setakat ini lebih 3,000 penduduk di Bintulu telah mendaftar melalui aplikasi tersebut, sekali gus menunjukkan tahap kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan semakin meningkat.

NIXON memakaikan topi keledar baharu kepada pengguna jalan raya semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Selamat sempena TBC 2026 di hadapan Balai Bomba Bintulu di sini, hari ini.

“Melalui aplikasi ini, pemilik rumah boleh mengemas kini maklumat sebelum meninggalkan kediaman. 

“Ini membolehkan pihak polis meningkatkan rondaan sebagai langkah pencegahan,” katanya ketika ditemui semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Selamat sempena TBC 2026 di hadapan Balai Bomba Bintulu di sini, hari ini.

Beliau berkata, penggunaan aplikasi tersebut merupakan antara inisiatif utama dalam pelaksanaan Ops Selamat bagi memastikan keselamatan komuniti sepanjang musim perayaan.

Dalam pada itu, orang ramai digalakkan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan supaya rumah yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat.

JOHNNY Pang dan Nixon menyampaikan buah tangan kepada pengguna jalan raya semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya Ops Selamat sempena TBC 2026 di Bintulu.

Selain aspek keselamatan kediaman, beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya memandu secara berhemah, mematuhi had laju serta peraturan trafik yang ditetapkan.

“Pihak polis akan terus mempergiatkan pemeriksaan dan rondaan bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat digunakan sepanjang musim perayaan,” ujarnya.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis demi menjamin keselamatan bersama.

Turut hadir pada program tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johnny Pang Leong Ming.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jepak, Bintulu dirancang sebagai projek perintis perumahan M40 – Premier Sarawak
Next: MBKS raikan Tahun Baharu Cina bersama penjaja pusat penjaja Kenyalang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.