Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • SPRM terima laporan seleweng pelaburan RM1.1 bilion libat bekas menteri kanan
  • JENAYAH

SPRM terima laporan seleweng pelaburan RM1.1 bilion libat bekas menteri kanan

Utusan Sarawak 7 hours ago
LOGO Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian. 

Sumber memaklumkan laporan tersebut diterima daripada gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 2.00 petang tadi. 

“Berdasarkan laporan tersebut, pengadu mengesyaki bekas menteri kanan dan pegawai kementerian ketika itu terlibat dalam perkara terbabit.

“Selain itu, dikatakan terdapat keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan yang didakwa tidak melibatkan sepenuhnya kementerian serta agensi berkaitan seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),” menurut sumber.

Selain itu, pengadu juga melaporkan beberapa isu yang dikatakan boleh menimbulkan persepsi konflik kepentingan. 

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata SPRM akan meneliti keseluruhan laporan yang diterima bagi menentukan sama ada wujud sebarang elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa di bawah Akta SPRM 2009.

Beliau berkata tindakan susulan termasuk meneliti dokumen dan bukti yang dikemukakan sebelum siasatan lanjut dijalankan seiring dengan komitmen terhadap integriti dan ketelusan dalam siasatan.

-Bernama  

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tempatan ditahan miliki dadah di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.