Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bukit Assek terus catat kemajuan konsisten dalam pelbagai aspek
  • Tengah
  • WILAYAH

Bukit Assek terus catat kemajuan konsisten dalam pelbagai aspek

Utusan Sarawak 5 hours ago
UNTUK KENANGAN… Chieng merakam kenangan bersama para pengamal media pada majlis semalam.

SIBU: Beberapa projek utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), selain Pelan Pembangunan Semula Bukit Assek akan dilaksanakan secara berperingkat tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek berkata, antara projek tersebut ialah jalan penghubung dari Bulatan Aman ke Jalan Tunku Abdul Rahman, Projek Tebatan Banjir Sibu Fasa 4, serta pelbagai projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dalam kawasan berkenaan.

Menurutnya, pembangunan semula ini bertujuan memperbaiki persekitaran keseluruhan dan kemudahan awam, merangsang pertumbuhan komersial dan ekonomi, meningkatkan potensi pembangunan Bukit Assek, serta menyuntik nafas baharu kepada Sibu dalam usaha kita menghidupkan semula bandar ini.

“Ini merupakan usaha jangka panjang yang berteraskan rakyat dan memerlukan perancangan rapi, penyelarasan serta masa,” katanya semasa berucap pada malam Media anjuran Pusat Khidmat N.51 Bukit Assek di Hotel Kingwood, semalam.

Beliau berkata, pemahaman dan kepercayaan orang ramai amat penting bagi projek berskala sebegini.

“Saya menggesa pihak media agar membuat laporan yang seimbang dan berasaskan fakta bagi membantu masyarakat memahami objektif, perkembangan dan cabaran yang terlibat, di samping mencerminkan maklum balas tulen daripada orang ramai.

“Media memainkan peranan penting dalam masyarakat. Anda bukan sahaja melaporkan berita, malah membantu orang ramai memahami dasar, isu komuniti dan hala tuju pembangunan. Tugas anda memperkukuhkan ketelusan, akauntabiliti dan wacana awam yang bermaklumat,” ujarya.

Katanya, Bukit Assek terus menunjukkan kemajuan yang konsisten dalam pelbagai aspek termasuk pembangunan komuniti, penambahbaikan infrastruktur, pendidikan, penglibatan belia, kemudahan sukan serta inisiatif kebajikan sosial.

“Segala usaha tersebut tidak akan lengkap tanpa laporan media yang adil, tepat dan bertanggungjawab,” ujarnya lagi.

Chieng berkata, beliau akan terus memaklumkan perkembangan Pelan Pembangunan Semula Bukit Assek kepada pihak media agar orang ramai sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan di lapangan.

“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa sama ada pembangunan semula atau projek pembangunan lain, kita akan melaksanakannya secara bertanggungjawab dan berperingkat, dengan penglibatan sewajarnya serta ketelusan.

“Di samping inisiatif ini, saya kekal komited untuk berkhidmat kepada rakyat Bukit Assek dengan penuh keikhlasan, keterbukaan dan tanggungjawab,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Suntikan dana kerajaan Sarawak perkasa fasaliti IPD Sibu
Next: KMKK, tuai rumah dan kapitan galas tanggungjawab sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.