Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Suntikan dana kerajaan Sarawak perkasa fasaliti IPD Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Suntikan dana kerajaan Sarawak perkasa fasaliti IPD Sibu

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERIMA KASIH… Tiang menyerahkan replika cek RTP projek naik taraf bangunan Gazebo IPD Sibu dan projek naik taraf tiga gelanggang fasaliti sukan IPD Sibu kepada Zulkipli.

SIBU: Suntikan dana kerajaan Sarawak bukan sahaja berjaya mewujudkan persekitaran kerja lebih kondusif di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, malah meningkatkan keupayaan operasi serta mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, antaranya ialah pojek menaiktaraf padang kawad dan jalan dalam kawasan IPD Sibu telah dilaksanakan dengan kos projek RM998,500.

Menurutnya, projek naik taraf tersebut telah dimulakan pada 4 Ogos 2023 dan siap sepenuhnya pada 1 April 2024.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Sarawak khususnya kepada Premier Sarawak atas keprihatinan dalam memastikan pembangunan serta penambahbaikan fasiliti di IPD Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulan Februari di Padang Kawad IPD Sibu, hari ini.

Zulkipli turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Datuk Michael Tiang Ming Tee atas sumbangan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kerajaan Sarawak melibatkan pembinaan taman kanak-kanak serta projek naik taraf gelanggang fasiliti sukan dan gazebo. 

Katanya, pembinaan taman kanak-kanak yang baharu dengan kos projek RM100,000 bermula 7 Februari 2025 telah siap sepenuhnya pada 6 Jun 2025.

“Dua projek lagi dengan peruntukan sebanyak RM400,000, bakal disiapkan dalam masa terdekat.

“Saya percaya ketiga-tiga projek RTP tersebut bukan sahaja menyokong perkembangan kanak-kanak secara holistik tetapi juga meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi serta memperkukuh hubungan sosial dan perpaduan dalam kalangan warga IPD Sibu,” ujarnya.

Pada penghujung tahun lepas, katanya, buat pertama kalinya pekarangan IPD Sibu telah dilimpahi cahaya lampu solar di bawah projek RTP Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Dato Sri Tiong King Sing dengan kos projek RM110,000.

“Projek tersebut bermula pada 11 November 2025 dan telah siap sepenuhnya pada 6 Februari 2026,” katanya.

Beliau percaya kesemua projek RTP berkenaan bukan sahaja menyokong perkembangan kanak-kanak secara holistik, malah meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi, di samping memperkukuh hubungan sosial serta perpaduan dalam kalangan warga IPD Sibu.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Residen Bahagian Sibu Christopher Ranggau Unting dan Temenggong Stanley Geramong Bandar.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Zulkipli ke IPK Sarawak, indeks jenayah Sibu turun 36.4 peratus
Next: Bukit Assek terus catat kemajuan konsisten dalam pelbagai aspek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.