
LAWAS: Pihak polis telah menerima laporan polis berkenaan satu kejadian pertengkaran antara dua lelaki yang berjiran menggunakan senjata buatan sendiri di rumah mereka di Jalan Long Tengoa Lawas pada pagi Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata dalam kenyataan media bahawa kejadian berlaku apabila pengadu menegur jirannya yang bermain mercun berhampiran rumah pengadu.
Suspek kemudiannya mengambil sebatang rotan yang hujungnya dipasang benda tajam dan memukul pengadu.
Akibat kejadian itu, pengadu mengalami kecederaan ringan. Bertindak atas laporan, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun, yang bekerja sebagai buruh, untuk siasatan lanjut.
Pihak polis juga berjaya merampas senjata yang digunakan oleh suspek. Semakan kesalahan lampau mendapati tiada kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Oleh Adeng Idris