Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • HSL lancar projek rumah teres baharu, harga bermula RM599,800
  • TEMPATAN

HSL lancar projek rumah teres baharu, harga bermula RM599,800

Utusan Sarawak 7 hours ago
RUMAH BERTANAH… Xin Kai atau Indah Singai, bermaksud “pembukaan baharu” dalam bahasa Cina, merangkumi 46 unit rumah teres dua tingkat. Ia merupakan projek kediaman bertanah sepenuhnya yang pertama dibangunkan oleh HSL sejak pembangunan La Promenade pada 2017.

KUCHING: Hock Seng Lee Realty Sdn Bhd (HSL) hari ini melancarkan Xin Kai atau Indah Singai iaitu projek rumah teres dua tingkat terbaharu yang terletak di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo.

Ini sekali gus menjadi projek kediaman berteres sepenuhnya pertama syarikat itu sejak pembangunan La Promenade pada 2017.

Projek berskala eksklusif itu merangkumi 46 unit rumah teres dua tingkat, dengan lokasi strategik kira-kira lima minit dari Batu Kawa Riverside Park, selain berhampiran kemudahan asas seperti sekolah, pasar raya serta akses mudah ke Batu Kawa dan pusat bandar Kuching.

Pengarah Urusan HSL, Datuk Paul Yu, berkata konsep reka bentuk dan penetapan harga Xin Kai adalah berteraskan pendekatan memenuhi keperluan semasa dengan penawaran kediaman bernilai tinggi pada harga berpatutan.

AKSES MUDAH…Xin Kai atau Indah Singai terletak hanya kira-kira lima minit dari Batu Kawa, menawarkan akses mudah ke sekolah, pasar raya serta destinasi utama lain.

Menurutnya, unit perantaraan berkeluasan 1,797 kaki persegi, manakala unit penjuru 1,802 kaki persegi, dengan keluasan binaan bertutup yang lebih besar berbanding kebanyakan rumah berkembar baharu di pasaran.

“Harga rumah bermula daripada RM599,800, sekali gus menjadikan Xin Kai antara rumah teres paling mampu milik dalam kategorinya,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, diskaun promosi pembukaan RM20,000 ditawarkan kepada lima pembeli terawal secara siapa cepat dia dapat.

Xin Kai direka oleh arkitek ternama Sarawak, Ar Chang Jih Ren, yang sebelum ini terlibat dalam beberapa projek mercu tanda termasuk Pasar Sentral Sibu dan ibu pejabat hijau Chemsain. Projek ini merupakan kerjasama pertama Chang bersama HSL.

XIN KAI direka oleh arkitek ternama Sarawak, Ar Chang Jih Ren.

“Ini adalah projek pertama saya bersama HSL dan kami menekankan ciri kualiti hidup yang lebih baik kepada penghuni,” kata Chang, graduan Universiti Manchester dan penerima Heywood Medal for Architecture.

Antara ciri utama reka bentuk Xin Kai ialah bumbung jacked (split roof) bagi setiap unit, yang membolehkan pengudaraan lebih baik serta kemasukan cahaya semula jadi ke bahagian tengah rumah, termasuk bilik air.

Reka bentuk turut merangkumi skrin fasad khas bagi mengurangkan kesan cahaya matahari langsung serta estetika moden yang ringkas namun elegan, diinspirasikan daripada keindahan Gunung Singai berhampiran.

Susun atur dalaman menampilkan bilik tidur mesra warga emas di tingkat bawah, yang juga fleksibel untuk dijadikan bilik belajar atau pejabat di rumah.

Ruang dapur diasingkan daripada ruang makan dan ruang tamu, manakala di tingkat atas terdapat tiga bilik tidur dengan tingkap besar, termasuk bilik utama yang mengambil lebih separuh ruang tingkat tersebut.

PENGARAH Urusan HSL, Datuk Paul Yu.

Dari aspek perancangan fizikal, Xin Kai dibangunkan mengikut garis panduan terkini Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, dengan paras binaan lebih tinggi serta kira-kira 10 peratus kawasan lapang disediakan kolam takungan air bagi pengurusan banjir.

Pengurus Besar Kanan Pembangunan Hartanah HSL, Tay Chiok Kee, berkata kejayaan dan lokasi strategik Xin Kai mendorong syarikat itu merancang lebih banyak pembangunan rumah bertanah berkonsepkan sama pada masa hadapan.

Pembinaan projek bermula pada 2025 dan kini mencapai kira-kira sepertiga kemajuan, dengan sasaran siap sepenuhnya pada pertengahan 2027.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.hsl.com.my atau mengikuti tanda pagar #XinKai di media sosial.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh bandar hijau melalui pewartaan rizab alam dan ruang rekreasi urban
Next: Laman web baharu, Foresight AI dan e-basikal perkukuh komitmen hijau SFC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.