Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor laksana pemeriksaan 15 unit pili bomba di lima lokasi
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor laksana pemeriksaan 15 unit pili bomba di lima lokasi

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan pili bomba semalam. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sebanyak 15 unit pili bomba telah diperiksa oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bagi memastikan tahap kesiapsiagaan kemudahan pemadaman kebakaran di sekitar kawasan bandar ini berada dalam keadaan baik dan berfungsi.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pemeriksaan tersebut dijalankan pada semalam dari 8.00 pagi hingga 10.30 pagi melibatkan dua anggota bomba.

“Pemeriksaan ini merupakan prosedur rutin yang penting bagi memastikan pili bomba sentiasa berada dalam keadaan boleh digunakan ketika berlakunya kecemasan kebakaran.

“Pemeriksaan ini bertujuan mengenal pasti keadaan fizikal pili bomba, termasuk akses, injap serta fungsinya bagi memastikan operasi pemadaman dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pemeriksaan melibatkan beberapa lokasi iaitu di Jalan Muhibbah, Jalan SESCO, Jalan Hospital, Jalan Bunga Raya dan Jalan Church.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebahagian pili bomba berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan, namun terdapat juga beberapa unit yang menghadapi masalah seperti tertimbus, gagal dikesan, injap tidak dapat ditutup dengan sempurna, injap terlalu ketat dan tidak berfungsi.

“Kerjasama semua pihak amat penting, termasuk memastikan kawasan sekitar pili bomba tidak dihalang atau ditimbus, bagi memudahkan akses ketika kecemasan,” katanya.

Mahmudin menegaskan bahawa pemeriksaan berkala ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan awal dan bagi memperkukuh kesiapsiagaan pasukan bomba dalam menghadapi sebarang insiden kebakaran di Daerah Meradong.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Perhiasan perayaan lambang perpaduan masyarakat berbilang kaum
Next: SMK Kai Chung dan SJKC Kai Chung perlihat kerjasama kukuh anjur sukan tahunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.