Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki warga emas meninggal dunia dalam kereta terkunci di Batu Kawa
  • KEMALANGAN

Lelaki warga emas meninggal dunia dalam kereta terkunci di Batu Kawa

Utusan Sarawak 8 hours ago
ANGGOTA BBP Petra Jaya menjalankan operasi membuka pintu kereta yang terkunci di Jalan Batu Kawa, Moyan–Malihah, selepas seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, hari ini. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Lelaki warga emas ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang terkunci di Jalan Batu Kawa, Moyan–Malihah, di sini, tengah hari tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati seorang lelaki masih berada di dalam kereta Perodua Axia dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan pintu kenderaan terkunci dari dalam dan enjin masih hidup.

“PKO bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas bagi membolehkan mangsa dikeluarkan,” katanya.

ANGGOTA BBP Petra Jaya menjalankan operasi membuka pintu kereta yang terkunci di Jalan Batu Kawa, Moyan–Malihah, selepas seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, hari ini. Foto JBPM Sarawak

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Mangsa dikenal pasti sebagai Bong Teck Onn, 69 tahun.

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, Pandi Seh, dengan kekuatan 10 anggota, membabitkan sebuah Jentera Penyelamat Kebakaran (FRT) dan satu unit Perkhidmatan Perubatan Penyelamat Kecemasan (EMRS).

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Polis siasat punca kejadian tiga kanak-kanak lemas di Sibu Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.